Punca Pencemaran alam sekitar
pembakaran secara terbuka dapat dilihat berikutan
pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan
penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula
sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka
yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan
flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini
jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi
semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara
terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam
sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan
manusia.
kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah
satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak
kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan
yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah
pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut
dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat
sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan
pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat
yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan
masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang
memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan
masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada masa
kini.
Pencemaran Udara
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGf_14ZjB5FLmGyi14A88TODIG-iAxu19RbHyKdMTGVfN-I3tTtyu_ny38RDBKhnLPpDeOrlp3tw9Wu267zGaY4nEBB44vVXdykigRe1P73A2hYNcB26eKHZJ50yhC9Y5yGdh0Xpf5CXpG/s1600/air+polution.jpg)
• Sulfur dioksida
• Karbon monoksida
• Nitrogen dioksida dan ozon
• Alergen
• Plumbum dan logam-logam lain
• Floroklorokarbon (CFC).
Asap-asap dan gas-gas tercemar yang terampai di atmosfera boleh
mendatangkan kemudaratan kepada alam sekeliling tambahan pula kawasan
yang dipenuhi oleh kenderaan-kenderaan dan bangunan-bangunan konkrit
yang besar serta padat boleh mengundang bahaya terutamanya di kawasan
kota yang paling akrab dan jelas dari pencemaran udara.Hal ini kerana
gas-gas tidak dapat bebas bergerak dan akan terampai di atmosfera dan
mengambil masa yang lama untuk terungkai.Umumnya bahan apapun yang
diperkenal kepada seseorang yang mempunyai kesan merosakkan makhluk
hidup dan persekitaran dianggap pencemaran udara.
Gas karbon dioksida,gas rumah hijau adalah pencemaran utama yang
merupakan pemanasan bumi. Meskipun makhluk hidup seperti manusia dan
haiwan mengeluarkan karbon dioksida ketika bernafas, karbon dioksida
secara meluas dianggap sebagai pencemaran yang berkaitrapat dengan
kereta,pesawat, penjanaan kuasa, dan aktiviti manusia lain yang
melibatkan pembakaran bahan bakar fosil seperti petrol dan gas alam.Gas
rumah hijau lainnya termasuk metana yang digunakan dalam bahan penyejuk
dianggap penting pada masa sekarang walaupun ia boleh menipiskan lapisan
ozon.
Selain itu,pencemar lain yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah belerang dioksida.Sulfur dioksida dan kimia yang berkaitan dengan pencemaran udara biasanya berkaitrapat dengan fenomena penyebab hujan asid. Tapi gas tersebut juga memantulkan cahaya ketika dilancarkan di atmosfera yang membuat sinar matahari dan menyebabkan bumi menjadi sejuk.Letusan gunung berapi boleh memuntahkan sejumlah besar belerang dioksida ke atmosfera yang boleh menyebabkan pendinginan yang berlangsung selama bertahun-tahun.Negara-negara industri telah bekerja untuk mengurangkan kadar belerang dioksida dan gas tercemar dalam rangka meningkatkan kesihatan masyarakat. Namun hasilnya, tidak dapat dijangka sampai saat ini,tahap suhu belerang dioksida lebih rendah benar-benar boleh membuat keadaan bumi lebih buruk akibat daripada pemanasan global.Sama seperti belerang dioksida dari gunung berapi boleh mendinginkan bumi dengan menghalang sinar matahari dan memotong jumlah sebatian di atmosfera serta membolehkan cahaya matahari masuk dan meningkatkan tahap kepanasan suhu bumi.

Pencemaran Air
Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau
sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila
bahan yang bahaya dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan
minyak ke dalam laut. Contoh lain pencemaran sumber terus ialah sisa
buangan dari kilang, pengaliran bahan cairan dari kilang, kilang rawatan
bahan buangan dan banyak lagi yang terdedah kepada mencemarkan sumber
air utama.
Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran
dari perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di
ladang yang kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang
kemudian memberi kesan kepada kehidupan akuatik
Pengaliran keluar kumbahan air menerusi sektor perindustrian sama ada
berskala besar, sederhana atau kecil adalah antara punca serta
penyumbang kepada pencemaran alam sekitar jika tiada perancangan,
langkah pencegahan dan rawatan secara efektif. Kumbahan air mengandungi
bahan keluli, bakteria, organik dan bahan bukan organik boleh merosakkan
alam sekitar serta akan meningkatkan ancaman kepada alam sekitar dan
sekali gus mencemarkan air.Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis
utama dunia. Bekalan air berkualiti yang tidak menentu untuk bahan
minuman, pertanian, perladangan, industri dan lain-lain sejak
bertahun-tahun lalu turut menimbulkan masalah. Dengan bekalan air yang
tidak mencukupi, cara rawatan dan kitar semula adalah perkara utama yang
harus dicapai untuk mengekalkan sumber bekalan air yang amat terhad.
Secara geografi, pencemaran air lebihan di Malaysia secara amnya tidak
kritikal dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar,
masyarakat dan pertanian.
0 komentar:
Posting Komentar